Wednesday, 3 June 2015

Keluarga Kecil Kami


Bismillahirrahmanirrahim..

Yang pertama ditulis dalam al Quran adalah Bismillah, maka tulislah Bismillah pada awalnya kerana Bismillahlah tertulis pada wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

Kata Bismillah pembuka bicara, sekaligus menjadi pembuka cerita cereka bukan dongengan saya. Nama diberi Lailawati Binti Zakaria, seorang isteri bekerjaya kepada seorang lelaki yang sangat supportive, seorang yang selalu mencuba untuk memahami diri ini. Moga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kami di dunia dan akhirat. Amin...



Saya merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Terengganu. Sebelum berumah tangga, saya mengajar di 'seberang laut' Sandakan, Sabah. Sempat berjauhan daripada suami tercinta mengajar kami suami isteri untuk lebih menghargai antara satu sama lain. Sentiasa mencari kemanisan dalam alam berumah tangga dan menjadikan yang pahit itu sebagai pengajaran.




Alhamdulillah, setelah diberi ujian kecil berjauhan dengan suami kerana tuntutan kerja dan keguguran pada awal perkahwinan kami, Allah swt telah mengurniakan sebuah hadiah yang tidak ternilai harganya buat kami suami isteri. Ahmad Shafi Azzuhdi, putera kelahiran kami yang melihat dunia pada tanggal 22 Ogos 2014. Mama dan Papa akan sentiasa memberikan kasih sayang dan didikan yang terbaik yang mampu kami berikan. Moga Ahmad Shafi Azzuhdi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak yang soleh. Amin Ya Rabbal 'Alamin..



Di blog ini, saya akan berkongsi pengalaman saya sebagai ibu bekerjaya dan dalam pada masa yang sama menjalankan perniagaan secara sambilan. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee yang berdaftar dan juga merupakan Perunding Kecantikan Mary Kay. Salam perkenalan daripada saya, Mama Shafi, semoga dengan sedikit perkongsian yang dengkel ini, mampu memberikan sinar sekurang-kurangnya kepada segelintir yang memerlukan.

Akhir kalam daripada saya, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

0 comments:

Post a Comment